Wednesday, November 12, 2014

JANGAN TAKUT DENGAN RISIKO

BERANI AMBIL RISIKO

Setiap perniagaan ada risiko yang tersendiri. Sama ada besar atau tidak, itu soal kedua, paling penting kita perlu sedari bahawa untuk berjaya dalam perniagaan kita perlu bersedia menghadapinya.

Risiko jika dilihat dari sudut negatif, sudah pasti akan memudarkan semangat dan melemahkan jiwa. Marilah kita melihatnya sebagai catalyst untuk kita sentiasa bergerak ke hadapan. Apabila ada risiko, kita akan sentiasa berfikir dan berusaha untuk mencipta dan menjayakan perniagaan kita. 

Secara akademik, formula risiko dan keuntungan selari. Semakin tinggi risiko, semakin tinggi keuntungan. Semakin rendah risiko, semakin rendah keuntungan. Realitinya, tidak semua begitu. Banyak perniagaan sekarang menawarkan risiko sederhana tetapi keuntungan berlipat ganda. 


Antara perniagaan risiko sederhana dan keuntungan tinggi adalah bisnes internet. Khususnya perniagaan berasaskan berangan Pre-Order. Peniaga-peniaga ini sebenarnya risiko mereka bukanlah sederhana, tetapi sangat rendah. Mereka tidak menyimpan stok, dan jika tiada sebarang permintaan pun, mereka tidak rugi apa-apa. Kos mereka hanyalah internet, komputer atau tablet, dan sedikit pelaburan untuk belajar pemasaran internet.

Medium pasaran pula percuma dan global, misalnya Facebook dan Instagram. Medium-medium ini menawarkan pasaran terbuka dan percuma. Trik-trik untuk menarik pelanggan boleh belajar dari pengalaman try-error dan belajar dari pemain-pemain industri yang sama.

Sebagai Co-Founder sebuah Butik berkonsep Vendor, pelaburan paling besar yang kami lakukan adalah dari segi pemasaran internet. Jika dinilai dari sudut kos, ia jauh lebih murah berbanding pemasaran offline seperti billboard dan iklan akhbar.


Namun begitu, ada juga pro dan kontra yang perlu diperhalusi apabila bersedia untuk menjadi pemain pasaran internet. Antara kelemahan sistem ini adalah Penawaran (suply) yang terlebih, dan manipulasi harga dari para peniaga. (Saya akan jelaskan di artikel akan datang).

Manipulasi harga ini sangat tidak baik, malah kadang-kadang menjatuhkan antara satu sama lain. Namun begitu, pemain pasaran internet sudah kenal pasti bagaimana untuk menghalang perkara ini berlaku walaupun tidak 100% dapat menghalangnya.

Ini adalah seegelintir risiko dan peniagaan yang ada di dunia perniagaan. Sebagai peniaga atau usahawan, kita perlu sentaisa bergerak ke hadapan dan melihat peluang yang ada setiap hari di sekeliling kita. 

Akhir kata,  “Tidaklah ada makanan seseorang itu yang lebih baik daripada apa yang dimakannya dari hasil usaha tangannya sendiri”. (Riwayat al-Bukhari)



Anda Sukses Anda Jutawan
Yussamir Yusof








No comments:

Post a Comment

Terima kasih dengan komen bernas anda