Assalamualaikum dan salam sukses
Masih ingat tentang persoalan-persoalan yang saya lontarkan pada artikel lepas? Persoalan tentang golongan 30% yang masih belum terisi? Persoalan-persoalan tentang pasaran ekonomi yang semakin condong dan tidak adil?
Semua ini saya akan kupaskan sedikit demi sedikit, dalam pelbagai artikel yang akan menyusul. Artikel kali ini mahu berkongsi dengan pembaca bagaimana kita mahu mengisi lompong 30% tersebut agar kita tidak ketinggalan.
Saya sengaja menulis kepompong sedap, kerana benda yang sedap orang susah nak tinggalkan. Contohnya, pesakit diabetes walaupun sudah berpenyakit tetapi masih minum air manis dan cokelat! Sebab apa? Sebab SEDAP!
Macam itu juga dengan kita. Kenapa saya kata kita? Sebab saya pun dulu termasuk dalam kategori ini. Alhamdulilah, saya tidak menunggu masa yang lama untuk keluar dan sedar saya sedang dijangkiti penyakit.
Dalam konteks sekarang, ramai takut untuk keluar dari zon selesa yang ada sekarang. Kerja tetap, gaji masuk setiap bulan, dapat bayar duit kereta, rumah, beli barang dapur dan simpan sikit duit di tabung haji. Walaupun sudah berkerja hampir 20 tahun, tetapi rutin kerja dan duit yang ada tetap sama. Kalau ada pun, pertambahan 100 ringgit atau paling banyak 1000 ringit.
Gaji bertambah tetapi tidak selari dengan kenaikan kos sara hidup dan pertambahan ahli keluarga. Kalau dulu gaji sebanyak RM2000, mampu menampung suami, isteri dan seorang anak. Tetapi selepas 4 tahun ada 3 orang anak, dengan gaji yang sama adalah sesuatu yang amat sukar.
Sesukar manapun, golongan zon sedap ini masih lagi cuba bertahan dengan apa yang ada. Memotong beberapa kos, seperti memotong belanja dapur, anak-anak menukar baju baru setahun sekali, dan pelbagai lagi 'ikhtiar' untuk memastikan gaji yang ada boleh menampung pertambahan tersebut.
Seperti pesakit diabetis, risiko sedap mereka adalah terpaksa memotong kaki hingga ke paras lutut ataupun lumpuh. Begitu juga dengan golongan zon selesa ini, akhirnya keluarga tidak merasa bahagia, kadang-kadang anak menjadi mangsa stress ibubapa, dan pelbagai masalah sosial berlaku. Paling berbahaya, apabila terdetik di hati menyalahkan Allah dengan apa yang berlaku.
Sebab itu Rasulullah telah mengingatkan tentang bahayanya kefakiran terhadap jiwa dan diri umat manusia.
"Dari Hajjaj bin Farafisah dari Yazid al-Ruqashy dari Anas bin Malik r.a. yang bermaksud: Maka sesungguhnya kefakiran itu hampir-hampir mengundang kekufuran. (Hadis di atas ada disebut di dalam kitab-kitab berikut: Hilyah al-Awliya oleh Abu Nuaim - Jil:3, m/s: 53, Shuab al-Iman, hadis nombor: 6612 oleh al-Bayhaqy, Al-Ilal al-Mutanahiyah, hadis nombor: 1346 oleh Ibnu al-Jawzy, Faydh al-Qadir, hadis nombor: 9233 oleh al-Manawy, Tuhfat al-Ahwazy: Jil:7, m/s: 17 oleh al-Mubarakfury (India), haif al-Jami, hadis nombor 4148 oleh al-Albany, Al-Ilal al-Mutanahiyah, hadis nombor: 1346 oleh Ibnu al-Jawzy, Faydh al-Qadir, hadis nombor:9233 oleh al-Manawy).
Menurut Ali al-Qary dalam al-Mirqaat: Hadis itu adalah hadis yang sangat lemah. Bagaimanapun kesahihannya bolehlah dikaitkan dengan sifat hati yang miskin yang membawa kepada kebimbangan dan kerisauan (anxiety) yang mana ia seterusnya boleh membawa kepada sifat tidak reda pada takdir Allah dan protes atas (cara) pembahagian rezeki.

Kita berdoa agar terhindar dari sifat tersebut, dan semoga Allah memberi kelapangan dan kemudahan rezeki.
AMBIL TINDAKAN
Jom kita ambil tindakan, keluar dari zon sedap ke zon tidak sedap. Kebanyakkan ubat tidak sedap, pahit dan tawar. Tetapi ia dapat mengubati dan memberi kebahagiaan kepada pesakit. Begitu juga dengan kita, kena cepat mengambil tindakan untuk berada dan berebut masuk ke golongan 30% . Menjadi usahawan dan peniaga yang suksess. Mengimbangi sosioekonomi dan pasaran dunia, agar wujudnya keseimbangan penawaran dan pemintaan.
Mengambil tindakan adalah suatu keputusan. Keputusan yang perlu diambil segera dan bertindak segera. Pengalaman saya berada dalam lapangan perniagaan, ramai yang mahu berniaga tetapi takut membuat keputsan dan bertindak. Ada juga segelintir yang sudah membuat keputusan, tetapi masih tidak bertindak. Ini adalah sebuah cabaran yang perlu kita selesaikan bersama.
Ketakutan untuk bertindak adalah disebabkan stigma dan persepsi masyarakat yang berada di sekeliling anda dan saya. Provokasi berniaga itu susah, ada rugi, ada dengki, ada tikam belakang, ada gulung tikar dan pelbagai konotasi negatif sering berlegar di kepala kita. Betul atau betul?
Lari! lari dari provokasi tersebut. Cari kawan baru, cari orang-orang yang sama berniaga. Tidak kira dari apa sektor sekalipun, yang penting Lari!
Saya pernah bertanya kepada seorang teman, "mengapa kita akan lari dari kegelapan lorong ke ruang yang penuh cahaya?"
Kawan saya jawab, "Sebab gelap itu satu ketakutan, dan cahaya itu sebuah pengharapan untuk kita terus bergerak."
Ya, itulah jawapannya. Mengapa kita masih berdiri tegak dan kaku di tengah-tengah orang-orang yang negatif. sedangkan kita boleh mencari rakan-rakan yang positif dan sentiasa memberi dorongan untuk kita sukses dalam berniaga.
Menjadi usahawan dan perniaga adalah sesuatu cabaran yang baik. Kita bukan sahaja cuba mengubah kewangan dan kehidupan diri sendiri, tetapi sebenarnya kita juga mengubah kewangan dan kehidupan orang lain.
Begini. Dulu kita berkerja untuk orang lain, sehinggakan mereka kaya raya. Kerjalah sekuat mana dan sehingga lewat pagi. Tetapi gaji tetap sama, dan masih di takuk lama. Begitu juga dengan kehidupan biasa-biasa. Mengguris hati, apabila ada orang memerlukan sumbangan kita tidak ada apa-apa untuk memberi.
Berbeza dengan berniaga, pendapatan anda berdasarkan jumlah kerja dan kreativiti anda. Semakin kuat dan kreatif sesebuah perniagaan kita, semakin banyak pendapatan. Dengan pendapatan yang ada, kita tak perlu risau dengan kekangan kewangan dan bersedekah pula sebuah rutin.
Bersedekah sebuah rutin? Ya benar. Salah satu petua untuk sukses dalam perniagaan adalah dengan bersedekah. Sedekah adalah sumber kekuatan dan ini menjadi kunci penting untuk semua ahli perniagaan.
Firman Allah, "Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.” (Qs. Al Hadid: 18)
Firman Allah lagi, "Firman Allah SWT yang bermaksud: “Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sesungguhnya tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya, dan ia juga yang menyempitkan baginya, dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya, dan dialah jua sebaik-baik pemberi rezeki.” (Surah Saba’, ayat 39)
Perkara ini juga pernah diingatkan oleh Rasulullah dalam sebuah hadith yang direkodkan imam Bukhari.
Daripada Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang melepaskan sesuatu kesusahan seorang mukmin dari kesusahan dunia Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan dari kesusahan hari akhirat dan sesiapa melapangkan seorang yang berada di dalam kesempitan Allah akan melapangkan untuknya di dunia dan di akhirat...."
Apabila berniaga dan menjadi usahawan sukses. Kita bekerja untuk diri kita, dan memberi manfaat kepada orang lain. Saya tidak kata orang yang berkerja dengan orang tidak mampu memberi manfaat kepada orang lain. Tetapi ada had dan kekangan. Impian dan niat untuk menyumbang masih lagi berkira-kira, kerana gaji hanya cukup-cukup untuk keluarga. Kalau ada lebihan sekalipun, ia perlu disimpan untuk kecemasan.
Berbanding berniaga, pendapatan tidak terhad dan sumbangan juga tidak terhad kepada sesuatu jumlah. Kita yang tentukan berapa pendapatan sekian-sekian dan berapa sumbagan yang boleh kita sumbang dari keuntungan perniagaan.
Bak orang-orang tua kata, "Kalau tiada lebihan bagaimana nak memberi."
Kawan-kawan. Saya dahulu sudah fikirkan bahawa menjadi kaya ada sebuah fardhu kepada umat Islam. Kekuatan ekonomi merupakan sebuah jihad bagi membina tamadun Umat Islam dan sesebuah negara. Kita tidak boleh bergantung kepada orang lain untuk bangun dan maju.
Sebagai umat Islam khususnya orang-orang Melayu, kita perlu ada kesedaran untuk berdaya saing bersama-sama kaum lain dari sektor ekonomi. Kita tidak boleh lagi bergantung kepada peluang-peluang pekerjaan yang disediakan kerajaan mahupun swasta. Tetapi kita yang sepatutnya mencipta dan menyediakan peluang perkerjaan kepada orang lain.

Ekonomi Malaysia dikuasai orang-orang cina adalah sebuah realiti yang tidak boleh dinafikan. Mereka layak (deserve) kerana mereka sedar dan tahu bahawa hanya dengan menguasai ekonomi barulah mampu membangunkan diri dan bangsa. Bangsa lain, terutama Bangsa Melayu perlu belajar dan bangkit sama-sama untuk duduk dan berdiri sama tinggi dalam lapangan perniagaan.
Sejak akhir-akhir ini pelbagai inisiatif, sama ada kerajaan mahupun swasta, mempromosikan bidang keusahawanan dan perniagaan kepada orang ramai. Sasaran mereka adalah golongan muda di bawah umur 30tahun. Inisiatif ini perlu disokong dan diteruskan secara telus dan KONSISTEN. Kita tidak mahu inisiatif begini hanya sekadar mengisi program tahunan atau menggunakkan baki belanjawan tahunan, tetapi ia benar-benar dilaksanakan secara mampan.
Tidak dinafikan bahawa orang-orang Melayu juga sedang mendaki dan menakluk ekonomi dalam semua sektor. Walaupun peratusannya sedikit, tetapi ia menunjukkan sudah ada kesedaran orang-orang Melayu untuk menjadi pemain ekonomi Malaysia, sekaligus memenuhkan golongan 30% yang masih bersisa.
Tembok besar Cina bermula dari sebiji batu bata sebagai asas pembinaannya. Prosesnya memakan masa dan belanja, tetapi berbaloi kerana sehingga kini ia bertahan dan menjadi simbol kekuasaan dan kekuatan Negara Cina. Begitulah simboliknya proses pembanggunan dan pembinaan kekuatan ekonomi bangsa Malaysia, khususnya mereka yang ingin memenuhi ruang 30% tersebut.
Ia tidak terhadi hanya 1 malam. Tetapi perlu melalui pelbagai proses dan tribulasi. Hanya mereka yang kuat dan cekal, akan bertahan serta percaya bahawa PERNIAGAAN SEBUAH PERJUANGAN YANG BERBALOI.

IKUTI SAYA DI
Instagram: @mistamissboutique
fan page : www.infokurus.com
Yussamir Yusof
Instagram: @mistamissboutique
fan page : www.infokurus.com
Yussamir Yusof

No comments:
Post a Comment
Terima kasih dengan komen bernas anda