Wednesday, November 12, 2014

JANGAN TAKUT DENGAN RISIKO

BERANI AMBIL RISIKO

Setiap perniagaan ada risiko yang tersendiri. Sama ada besar atau tidak, itu soal kedua, paling penting kita perlu sedari bahawa untuk berjaya dalam perniagaan kita perlu bersedia menghadapinya.

Risiko jika dilihat dari sudut negatif, sudah pasti akan memudarkan semangat dan melemahkan jiwa. Marilah kita melihatnya sebagai catalyst untuk kita sentiasa bergerak ke hadapan. Apabila ada risiko, kita akan sentiasa berfikir dan berusaha untuk mencipta dan menjayakan perniagaan kita. 

Secara akademik, formula risiko dan keuntungan selari. Semakin tinggi risiko, semakin tinggi keuntungan. Semakin rendah risiko, semakin rendah keuntungan. Realitinya, tidak semua begitu. Banyak perniagaan sekarang menawarkan risiko sederhana tetapi keuntungan berlipat ganda. 

Wednesday, September 24, 2014

MENJADI SEBAHAGIAN DARI 30%

Assalamualaikum dan salam sukses

Masih ingat tentang persoalan-persoalan yang saya lontarkan pada artikel lepas?  Persoalan tentang golongan 30% yang masih belum terisi? Persoalan-persoalan tentang pasaran ekonomi yang semakin condong dan tidak adil?

Semua ini saya akan kupaskan sedikit demi sedikit, dalam pelbagai artikel yang akan menyusul. Artikel kali ini mahu berkongsi dengan pembaca bagaimana kita mahu mengisi lompong 30% tersebut agar kita tidak ketinggalan. 

BERANI KELUAR DARI KEPOMPONG SEDAP
Saya sengaja menulis kepompong sedap, kerana benda yang sedap orang susah nak tinggalkan. Contohnya, pesakit diabetes walaupun sudah berpenyakit tetapi masih minum air manis dan cokelat! Sebab apa? Sebab SEDAP!

Macam itu juga dengan kita. Kenapa saya kata kita? Sebab saya pun dulu termasuk dalam kategori ini. Alhamdulilah, saya tidak menunggu masa yang lama untuk keluar dan sedar saya sedang dijangkiti penyakit. 

Dalam konteks sekarang, ramai takut untuk keluar dari zon selesa yang ada sekarang. Kerja tetap, gaji masuk setiap bulan, dapat bayar duit kereta, rumah, beli barang dapur dan simpan sikit duit di tabung haji. Walaupun sudah berkerja hampir 20 tahun, tetapi rutin kerja dan duit yang ada tetap sama. Kalau ada pun, pertambahan 100 ringgit atau paling banyak 1000 ringit. 

Saturday, September 6, 2014

JOM BERNIAGA

Assalamualaikum dan selamat pagi!


Ini adalah artikel pertama saya dalam blog JomBerniaga. Ada banyak perkara yang ingin saya kongsikan bersama anda. Kongi pengalaman, kongsi senang susah, cabaran dan kejayaan untuk dijadikan tauladan. Saya mungkin tidak boleh berkongsi di pentas besar atau di corong radio. Tetapi ia bukanlah alasan, sebab dunia kita tidak lagi terhad dengan audio, maksud saya berbentuk suara.

Sedar atau tidak, hampir separuh dari umur kita bersama dengan buku, maksud saya berbentuk tulisan. Dan dengan cara membaca lebih dekat dan lebih mudah untuk kita hadam.

Sebab itu, saya usahakan sebuah blog berorentasikan perniagaan untuk berkongsi dengan anda semua. Artikel pertama ini saya tidak akan menulis panjang, tetapi lebih kepada persoalan.

Antara soalan-soalan ini kita selalu dengar dan kita buat-buat tak faham. Antara soalan kegemaran yang sering kita dengar ialah, "Cukup ke gaji kau?" "Bila nak naik gaji?" "Kos hidup meningkat."

Cukup 3 soalan, yang kita sendiri tak tahu nak jawab bagaimana. Terlalu cliche sehingga kita pun buat-buat tak dengar, dan sekadar mengangkat bahu tanda malas nak jawab.

Sebenarnya soalan ini adalah soalan yang tepat dengan dunia yang semakin mencabar. Sistem kewangan kita semakin terdesak sehingga menekan seluruh tangga masyarakat. Dari yang miskin hingga yang kaya raya. Semua orang terpaksa menghadapi dengan tiada sebarang solusi. Soalan seterusnya sampai bila kita akan terus dihimpit masalah wang?

Zaman 2014, sangat berbeza dengan zaman 1920 yang serba sebi kehidupan senang dan mudah. Kenapa saya kata senang dan mudah? Sebabnya, nenek dan atok kita berada dalam sumber kehidupan. Kiri kanan depan dan belakang, semuanya sumber asas yang mencukupi. 

Mahukan air, sudah ada air sungai. Mahukan cahaya cukup dengan pelita. Mahu makan, petik sahaja kangkung, sembelih sahaja ayam direban, dan rebus sahaja ubi kayu dicecah dengan gula yang diperah dari tebu. Serba serbi cukup, hiburan mereka hanya di rumah. Tiada Astro yang perlu dibayar setiap bulan, tiada telefon yang perlu dibayar bil yang melambung setiap bulan. Malah tiada kereta yang perlu diisi minyak setiap kali untuk bergerak.

Ya, itu semua cerita 80-90 tahun dahulu yang sangat berbeza dengan zaman sekarang. Kini kita dijadikan sebagai sumber asas yang diperah 12-14 jam sehari. Untuk membangunkan dunia canggih dan serba rumit dari sehari ke sehari. Sehinggakan manusia digelar sebagai "Sumber Manusia". 

Sumber manusia inilah yang semakin hari duit tidak mencukupi, walaupun berkerja sehingga 14 jam. Manakala keluarga semakin membesar, kos hidup turut meninggi. Bagi mereka yang tidak pernah terdedah dengan perkataan "Berniaga" sudah pasti jawapan mereka adalah "Kerja sehingga pecen" atau lebih parah "kerja sampai mati."

Orang-orang begini diperlukan dalam ekosistem manusia, agar "permintaan dan penawaran" seimbang. Tetapi kesimbangan ini akan menjadi condong jika kita tidak mengetuk pintu hati dan akal mereka bahawa berniaga lebih baik dan menguntungkan. Bayangkan jika 80% manusia hanya ingin berkerja, 20% sahaja ingin berniaga. Ini juga tidak elok untuk ekosistem kehidupan dan pasaran dunia. 

Jadi, persoalan seterusnya kepada anda ialah, adakah saya dan anda sanggup masuk ke dalam 30%? Jika Ya, saya ucapkan syukur dan syabas. Jika tidak atau tiada jawapan, maka saya mempunyai alasan yang sangat besar mewujudkan blog ini agar anda sedar dan bersama saya memasuki pasaran 30% tersebut. 

Pasaran 30% tidak sebesar mana, dan ia mudah diisi oleh orang-orang yang pantas melihat peluang dan keuntungan. Sebab itu, kita perlu menjadi manusia yang pantas membuat keputusan dan berani mengambil risiko menjadi golongan pengimbang sistem pasaran dan ekosistem. 

Saya tinggalkan  artikel ini tergantung, agar anda berfikir "Adakah aku layak masuk ke golongan 30%?"

Jumpa saya dalam artikel akan datang.


Yussamir
Herbalife Independent Distributor,
Co-Founder MistaMiss Boutique,
0126714353